Bicara Allah..

Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. ~ Faathir; 28

Pesan Rasulullah..

“Para ulama adalah pewaris para nabi.” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi dari Abu Darda’) Para ulama adalah pewaris para nabi. Bila risalah Islam ini disampaikan kepada umat manusia oleh Rasulullah Muhammad saw hingga menjadi rahmat bagi sekalian alam, maka demikianlah inti dari tugas para ulama.

PROGRAM FORUM WACANA BUKU ARMAGEDON 2012




"PROGRAM FORUM WACANA BUKU ARMAGEDON 2012:
BENCANA AKHIR ZAMAN"

karya Muhammad Alexander (Wisnu Sosongko)
Penulis Buku Best Seller" Yakjuj Dan Makjuj"

Pendiskusi: Sdr Muhammad Alexander (Wisnu Sosongko)Moderator: Sdr. Rohidzir Rais (Editor Kanan PTS Islamika Sdn Bhd)


Tempat:
Masjid Asy Syafie,Tmn Maluri, Kg Pandan, KL.

Masa:
9.00 - 10.30 malam

Tarikh:
27hb April 2011 (Rabu Malam Khamis)

MASUK PERCUMA JAMUAN DISEDIAKAN



Read More..
Program Seterusnya "Program Gerakan Subuh Perdana" Di Masjid Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Bangsar KL.Tarikh 28 Mei 2011 Masa 4 Pagi Qiyamullail Dipimpin Oleh Naib Johan Imam Muda Hizbur Rahman dan Kuliah Subuh Perdana Oleh Ustaz Kazim Elias Penceramah Bebas.Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir
Read More..

Talk " INDAHNYA ISLAM "


Ceramah Khas Di Masjid Al-Muhsinin Taman Danau Desa Off Jalan Klang Lama.KL 23/04/2011 Selepas Solat Subuh Berjemaah

Biodata Tuan Hj Ayub: Bekas Paderi Besar agama Kristian Katholik yang pernah mencapai status International Forgiver of Sins. Pernah belajar di Germany, Switzerland ...dan England. Aktif melakukan dakwah di bawah Rabithah Al Alam Al Islami (Arab Saudi) dan HIKMAH Sarawak
.

Read More..

JOM GERAKAN SUBUH 10 APRIL !!



“Solat Subuh merupakan pengukur nilai sebuah umat. Umat yang lalai akan solat Subuh berjamaah, adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan, akan tetapi berhak untuk diganti dengan umat yang lain. Umat yang menjaga solat Subuh secara berjamaah adalah umat yang berhak untuk tegak kokoh di muka bumi !”
Sabda Rasululullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada Solat yang amat berat untuk dilaksanakan oleh orang Munafik melainkan Solat Isya’ dan Subuh. Sekiranya mereka tahu kelebihan ganjaran pahala yang ada dalam Solat tersebut pasti mereka akan hadir untuk melaksanakannya walaupun dalam keadaan merangkak” – Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim


“Barangsiapa yang melaksanakan Solat Subuh berjemaah pasti mendapat jaminan perlindungan daripada Allah” – Hadis Sahih Riwayat Muslim


KAMI MERINDUKAN:
Kami merindukan suatu hari, dimana masjid dipenuhi kaum muslimin. Mereka berusaha pergi ke rumah Allah swt dengan penuh suka cita, menunggu azan Subuh dengan penuh kerinduan. Dari belakang muadzin, mereka menjawab lantunan azan yang berkumandang, penuh penghayatan. Mereka itu berada dalam pertemuan dengan Allah swt.
Kami merindukan datangnya suatu hari, saat seorang muslim begitu menyesal dan sangat merasa sedih, gara-gara tertinggal solat Subuh, sekali saja. Itu karena ia merasa kehilangan suatu yang benar-benar bernilai, lebih mahal dari dunia dan seisinya.
Kami merindukan suatu hari, saat mendapati agama Allah swt adalah agama bagi seluruh penduduk di muka bumi. Syariat Allah swt merupakan syariat yang menjadi landasan hukum bagi orang-orang berilmu. Kegelapan akan sirna, berganti cahaa keadilan dan kebenaran.
Kami merindukan itu semua. Dan, kami meyakini bahwa kenyataannya yang kita alami hari ini, sebelumnya adalah mimpi kemarin-kemarin. Sebagaimana kami meyakini, bahwa apa yang kita cita-citakan hari ini, akan terwujud esok hari, Insya Allah.
Kami merindukan suatu hari, saat melihat semua harapan menjadi kenyataan yang dapat kami lihat dengan mata kepala sendiri.

Oleh:
Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan

Read More..

GERAKAN SUBUH 20 MAC




Read More..

Seminar Pengurusan Ibadah Qurban & PENYEMBELIHAN HALAL

Tarikh: 13 November 2010 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi - 12.30 tghri
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jln Duta KL
Anjuran Bersama: Persatuan Ulama' Malaysia Caw Wilayah Persekutuan , JAWI & Masjid Wilayah Persekutuan


TAJUK PEMBENTANGAN:

Kertas Kerja 1:
PERLAKSANAAN PENGURUSAN IBADAH QURBAN MENURUT SYARA'
- Oleh Dr Luqman Hj Abdullah (Pengerusi PUM WP)

Kertas Kerja 2:
PENYEMBELIHAN BINATANG DALAM ISLAM
- Oleh Us Abd Halim Zakaria (AJK PUM WP)

Kertas Kerja 3:
BIOSEKURITI DALAM PENGENDALIAN DAGING QURBAN
- Oleh En Tuan Syed Abd Rahim bin Syed Abd Rashid
(Bekas Pegawai Jab Perkhidmatan Vaterinar)



Pendahuluan

Saban tahun apabila tibanya musim Ibadah Qurban, seringkali timbul pelbagai persoalan hukum dan permasalahan tentangnya. Tidak kurang yang masih salah-faham dalam memahami konsepnya dan tidak kurang pula yang meremehkan isu-isu yang melibatkan kesempurnaan pelaksanaan pengurusannya.

Bahkan ibadah qurban yang sepatutnya dijadikan amalan mulia untuk mengukuh hubungan persaudaraan itu, kadangkala dicemari dengan pelbagai pertelingkahan dan perselisihan yang mencacatkan kesempurnaan ibadah. Tidak kurang pula yang kurang meneliti aspek keselamatan makanan dan kesihatan dalam pengendalian daging qurban sehingga menyebabkan risiko penyakit.

Sebenarnya semua itu dapat dielakkan sekiranya penguasaan ilmu itu dijadikan agenda penting dalam pengurusan ibadah qurban. Justeru seminar ini akan berusaha memberi input penting dalam memastikan ibadah qurban itu diurus dengan sempurna bagi mencapai hikmah yang terdapat padanya.

Objektif Program:
Meningkatkan kefahaman tentang cara pengurusan ibadah qurban menurut syara’.
Meningkatkan kefahaman tentang cara pengendalian haiwan qurban menurut Islam.
Meningkatkan kesedaran tentang keperluan mengendalikan daging qurban berdasarkan standart keselamatan makanan semasa bagi mengelak sebarang bentuk kemudaratan.

Penyertaan:

Terbuka kepada semua masyarakat awam khusus untuk masjid dan surau dan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan ibadah qurban.

Yuran Sumbangan:

RM 10: Pelajar / RM 20: masyarakat awam / RM50: wakil organisasi
(termasuk bahan pengisian dan makan minum)


Maklumat Lanjut & Penyertaan:
Sila hubungi (sms @ tel) ke talian 013-671 4932 / 012-662 5681




Sabda Nabi SAW yang bemaksud:
Tidak ada amalan yang dilakukan manusia pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih) binatang qurban. Sesungguhnya binatang qurban itu datang pada Hari kiamat nanti bersama tanduk, kuku dan bulunya, dan Allah memberi pahala ibadat qurban itu sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Oleh itu ikhlaskanlah qurbanmu.”
(Riwayat At-Termizi dan Ibnu Majah


Read More..

Tawaran Sukarelawan Dakwah



Tawaran Sukarelawan Dakwah PUM WP



Tawaran ini adalah terbuka kepada pelajar IPTA / graduan IPTA yang berminat untuk menjadi sukarelawan Dakwah PUM WP untuk membantu program-program PUM WP. Keutamaan adalah diberikan untuk mereka yang mempunyai pengkhususan pengajian islam. Wlbgamanapun Bidang lain juga diterima sekiranya mempunyai asas pendidikan islam dan minat yang kuat dalam amal Islami.


Tugasan Sukarelawan PUM WP:


1) Membantu menyelaras/menjadi urusetia/menjadi fasi Program kursus / seminar secara berkala (1,2 kali sebulan) di sekitar Lembah Klang.

2) Tenaga pengajar Kelas Pengajian secara berjadual di tempat2 tertentu dan rumah-rumah (berdasarkan permintaan masyarakat)

3) Membantu menjayakan Program outreach dakwah di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti di sekitar KL.


Manfaat / Faedah yang diperolehi adalah seperti berikut:


1) Elaun berpatutan (berdasarkan program dan pencapaian)

2) Rumah sukarelawan disediakan secara percuma (banglo selesa dekat dengan Midvalley) dan UM.

3) Sijil Penyertaan Sukarelawan

4) Mengikuti program dakwah secara percuma anjuran JAWI/JAKIM/NGO

5) Kursus Latihan Dakwah secara percuma.



Syarat-syarat:

1) Warganegara Malaysia

2) Berakhlak dan bermotivasi tinggi

3) Bersedia untuk belajar dan menerima teguran membina.

4) Bersedia untuk tugasan-tugasan NGO

*Keutamaan untuk sukarelawan lelaki

Berminat sila hubungi: 013-6714932 (Us Khairul Anuar)

Read More..

Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.


Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.



Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010
Read More..

OPERASI DAKWAH TAHUN BARU.


Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan akan membuat Operasi Dakwah sempena sambutan Tahun Baru 2010, pada 31 Disember 2009. Operasi ini akan bermula pada pukul 11 malam dengan berkumpul di Masjid al-Muhsinin. Operasi ini akan diteruskan lagi dengan program Qiammullail pada pukul 4.30 pagi Jumaat, 1 Januari 2010.
Read More..

Kursus Perkaderan Pendakwah




Pada 29 Oktober – 1 November 2009 yang lalu, Kursus Perkaderan Pendakwah telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) anjuran Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia Wilayah Persekutuan dan LANDAS. Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan para pendakwah yang berkaliber dan berpotensi untuk digerakkan di dalam masyarakat dengan menfokuskan modul pemantapan akidah. Seramai 70 orang peserta IPTA/S menyertai kursus ini.

Antara objektif :

1. Memberi kesedaran tentang keperluan dan kewajipan dakwah.
2. Mengukuhkan ilmu memahami pendekatan dakwah.
3. Memberi maklumat tentang asas-asas ajaran dan pegangan agama selain Islam.
4. Mengukuhkan ukhwah para pendakwah
5. Memantapan gerak kerja dakwah di lapangan dengan memfokuskan dakwah bil hal.



Tajuk perbincangan, antaranya :

1. Memahami Asas-Asas Kristianisasi
2. Memahami Penyelewengan Kristianity
3. Pendekatan Dakwah Melalui Ilmu Sains.

Pendekatan yang digunakan :

1. Teori
2. Bengkel memahami Bible
3. cara menggunakan dan membaca Bible (Al-Kitab)




Read More..
 

Radio